header image
 

Ampuni aku

Ya Allah

Amat kerdil diri ini

Terasa sungguh tak layak aku berada di bumiMu

Di saat-saat genting ini

Aku masih kaku dan buntu

Malah hatiku terkuci rapat

Hampir putus asa

Ingin saja aku berlari ke “sana” bersama mereka

Ya Allah

Sungguh ku mohon dariMu

Berikan aku peluang

Aku tahu aku kerdil

Aku tahu aku tak mampu

Aku tahu aku tak layak

Tapi , sekeping hati ini takkan pernah jemu

Untuk meraih cintaMu

Alhamdulillah

Hujung minggu yang lepas hatiku rindu sekali untuk pulang ke rumah

Ingin sekali aku berlari laju keluar dari kereta

Namun , mak dan ayah tiada

Mereka telah ke Seremban , menghadiri kenduri

Lantas mengalir jernih butiran mutiara di pipiku

Aku pilu sekali , terasa kecewa membungkam di dada

Kerinduan yang sarat di dadaku , tak bisa ku tanggung lagi

Aku buntu , harus ke mana aku melangkah

Bertafakur di dalam kereta … hatiku mati

Lalu aku melalui hari itu bersendirian

Hinggalah malam menjelang

Mereka pulang

Hatiku berbunga girang

Entah mengapa aku begitu merindui mereka

Aku menjadi aku yang dulu

Seorang anak gadis yang manja dan penuh kelincahan

Rumahku kembali meriah dengan adik-adik

Alhamdulillah

Aku kembali merasa nikmat itu

Ku lihat ayah

Ku lihat emak

Ya , mereka ada di situ

Sentiasa di sisiku setiap waktu

Menjaga dan mengasihiku

Alhamdulillah

Baru sahaja minggu lepas kami berdating tiga beranak

Terasa bagai dunia ini aku yang punya

Emak , ayah … setia menemaniku

Melayanku seperti kanak-kanak kecil

Mengajarku bertatih tanpa jemu

Alhamdulillah

Sungguh indah nikmat ini

Kebahagiaan ku rasai hari demi hari

Hari ini sahaja , mereka melayaniku dengan sabar

Tiada marah

Tiada keluhan

Yang ada hanya hati yang sarat dengan kasih sayang

Aku tenggelam dalam suasana itu

Melihat mereka begitu asyik bercerita dan menasihatiku

Merancang dan memberi pelbagai cadangan untukku

Menyuruhku mengambil lesen motor … huhu

Memang menunggang motor itu impianku

Subhanallah

Sungguh ya Allah , Engkaulah yang memegang hati-hati

Hanya kepadaMu aku berserah diri

Ku pohon dariMu ,

Ampunilah dosa kedua ibu bapaku

Aku menyintai mereka keranaMu

Tetapkanlah yang terbaik buat mereka

Kurniakanlah mereka keberkahan hidup di dunia dan akhirat

Masukkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang mencintaiMu

“Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah , dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu”

31:14

Upbringing of children may lead to psychiatric disorder later in life…

Post call… day 1

Alhamdulillah, hari ni berjaya on call walaupun demam selsema.Ditakdirkan aku mengikuti clinic dr yg on call , so mmg senanglah. Berposting psychiatric nih, memang mencabar.Banyak sabar dan banyak penat.Macam-macam kerenah pesakit yang dihadapi.Banyak jugak aku mengambil pelajaran dari mereka.Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana masih mampu menggunakan anugerahnya dengan baik.

    Pilu hati apabila ke accident and emergency room melihat pesakit-pesakit yang attempt to commit suicide , ade yg kes polis ( mengambil dadah) dan ade jugak pesakit yang sangat agresif.Aku sebagai pengikut yg setia kepada dr on call, banyak mempelajari the way doctor’s deal dengan patient in emergency case.

    Hatiku amat tersentuh dengan hadirnya seorg patient perempuan yg lonely.Dia sebaya denganku.Namun…dia…Tiada tempat mengadu, tiada teman rapat, hilang keyakinan diri, kemurungan, hilang fokus di tempat kerja … dan pernah mencuba untuk membunuh diri.Aku amat belas melihatnya.Ingin saja aku menariknya ke dalam pelukanku dan meyakinkannya bahawa masih ada lagi orang yang menyayanginya.Namun ,itu setakat di hati sahaja.Untuk menjaga tataterib dan professionalisma sebagai seorang doktor,mungkin tidak betah aku melakukan demikian…lainlah kalau patient yang approach dulu.

    Melalui ceritanya,nyata dia pernah mengalami episod kemurungan yang lama.Semuanya bermula sejak dari tadika lagi.Dia sering dipukul oleh bapanya sendiri.Dia dikecam.Dia perkecil-kecilkan.Kelahirannya di dunia ini di anggap menyusahkan.Dia selalu dipersalahkan.Dia sering mendapat tanggapan negatif untuk dirinya dari ibu bapanya sendiri. Kemudian , ditambah pula dengan penceraian orang tuanya.Tiada lagi kasih sayang, tiada lagi tempat bermanja… yang sememangnya jarang di peroleh. Dia lalu membentuk satu ’shield’ , memprotect dirinya dari dunia luar.Dia jadi tidak percaya pada sesiapa sahaja.Dia jadi pesimis.Dia lari dari lingkungan keluarganya.Dia membina hidup sendiri.Namun, tak terlepas juga dengan kisah-kisah lama yang menghantui malam-malamnya , hingga tidurnya tidak lagi lena.Mulai mengalami simptom-simptom kemurungan.Berat badannya hilang dan dia hilang minat pada hidupnya.Apa yang di mahukan hanyalah…bersendirian, dan tidur berpanjangan.
    MasyaAllah,amat pilu hatiku mendengar luahan hatinya.Lantas aku teringat pada kedua ibu bapaku.Rinduku pada mereka melimpah saat itu juga.Aku dikurniakan dengan ibu bapa yang sangat baik, bertanggungjawab dan memahami.

Ibu bapaku …
ada waktu menjadi seperti kawanku,
ada waktu seperti guruku,
dan ada waktu seperti ibu dan bapa…
Mereka hadir di sisiku dan rapat denganku
Aku tidak betah andai lama tidak pulang ke rumah
Aku tidak betah andai lama tidak menalifon mereka
Sungguh, aku amat bersyukur… kerana aku dikurniakan ibu bapa yang baik
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku
Kurniakan mereka rahmat dan berkatilah hidup mereka
Masukkanlah mereka ke dalam syurgamu
Jadikanlah mereka hamba-hambaMu yang soleh

Buat teman-teman yang bakal berwalimah…
persiapkanlah dirimu dengan bekal ilmu kekeluargaan
bacalah dan lengkapkanlah diri tu sebaik mungkin
Kerana korang bakal mencorakkan sehelai kain putih yang bersih
Yang suci…
Anak itu adalah anugerah Allah
Jangan di sia-siakan
Didiklah sebaiknya
Sayangi sebaiknya
Agar dewasa menjadi insan bertaqwa
Ingatlah…pengalaman yang di lalui anak-anak semasa kecil, bulih memberi kesan pada kesihatan mentalnya apabila meningkat dewasa
Jadilah ibu bapa yang baik …

I’m falling … fail to be strong
Help me :(

Ya Allah yg membolak balikkan hati , tetapkanlah hatiku di jalanMu

Aku Wanita Berhati Besi

MasyaAllah, tiada kata dapat ku ungkapkan. Seperti mana kata seorg temanku , jiwaku kacau.Berat berat.Baru sahaja aku menghabiskan pembacaanku mengenai kalimah tayyibah petang tadi ,terus sahaja Allah mendugaku.
    Ku fikir aku mampu mengawalnya. Namun, titik demi titik butiran jernih mengalir di pipiku.Makin ku tahan, makin lebat membasahi pipiku. Aku ingin tabah.Aku ingin kuat.Tapi aku lemah terkulai layu.Aku kalah.Aku tewas.
    Ya Allah, kuatkanlah aku
    Tetapkanlah aku di atas jalanMu

Aku tahu.Aku dahulu seorang yang manja. Seorang yang lembut jiwa.Itulah aku yang dahulu.Namun pengalaman dan coretan hidup yang aku lalui mematangkan pemikiran ku.Aku dewasa pada tanggapanku mengenai kehidupan,biarpun secara perwatakannya kadang-kadang aku lebih aktif dari kanak-kanak rebina.Hingga pernah mendapat teguran dari ibuku ‘ kaklong, cube matang sikit…nih dah nak jadik macam maisarah je’  (adikku maisarah berusia 8 tahun)
    Namun,ibuku tak pernah dapat menangkap perubahanku.Aku menjadi semakin matang,semakin tegas dan berani.Hanya ayahku sahaja yang perasan akan perubahanku.Dia tahu anak daranya kini lain.Lain dari yang dahulu.Seorang yang ingin berdikari.Ingin berlari menegakkan al-haq.Ingin berjuang di medan jihad.
    Ya ! Aku sedar.Aku kini lain.Aku yakininya pada malam ini.Malam ini,walau aku tewas menahan air mataku, tapi hatiku tidak tewas.Hatiku kental.Teguh seperti besi.Alhamdulillah.Ini yang aku perlukan.Semenjak membaca buku Salahuddin al-Ayubi, jiwa pahlawannya meresap ke jiwaku.Aku ingin jadi sepertinya.Aku teringin sekali membebaskan Palestin.Tapi aku tak tahu samada aku mampu.Tapi itulah cita-citaku. Aku ingin  syahid di jalanNya .Aku ingin syahid ketika bertemuNya.Aku ingin SYAHID FI SABILILLAH :)

Moga Allah menunjukkan jalanNya kepadaku, hambaNya yang kerdil dan lemah ini ^^

Kesilapan dan Kemaafan

Sesunguhnya hari
ini terlalu banyak kesilapan yang ku lakukan. Terasa sukar untuk memaafkan diri
sendiri. Bagaimana mungkin aku menyakiti temanku? Tapi itulah hakikatnya yang
berlaku. Sikap ku yang kadang-kala tidak mengambil endah akan hal-hal yang kecil,
boleh membuatkan atau menimbulkan permasalahan dan kesalah fahaman
; yang sepatutnya kalau dijaga hal-hal yang kecil tersebut , tidak akan berlaku
sebarang masalah. Tapi aku bersyukur kerana aku mempunyai teman-teman yang
pemaaf. Teman-teman yang sedia memberi nasihat , yang sedia menerimaku walau
siapa jua dirku. Terima kasih Ya Allah, keranaMu aku beroleh nikmat ukhuwah
yang indah ini. Mudah-mudahan Kau kekalkan kemesraan antara kami dan
masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang selalu mencintaiMu.

Banyak perkara
yang berlaku pada hari ini yang mendorongku untuk terus menulis biar pun sudah
hampir lewat malam. Hari ni, kesabaranku teruji ; biarpun hanya pada benda yang
remeh.Aku ingin menangis , tapi ku tahan kerana malu. Malu kepadaNya. Baru
sedikit ujian yang melanda, telah tergugat imanku. Bukan banyak kerja yang ku
lakukan, tapi aku mengharap sesuatu yang memberangsangkan.Layakkah aku? Mungkin
atas sebab itu aku banyak kecewa pada hari ini. Kecewa , terutamanya dengan
diriku sendiri. Kini baru aku paham betapa pentingnya untuk menjihad muntijkan
setiap perkara yang kita lakukan, iaitu membuat sedikit kerja , tetapi
membuahkan hasil yang banyak. Atau dalam erti kata lain, membuat sesuatu kerja
dengan bersungguh-sungguh dan efektif . Tidak kira dari segi masa, wang , dan
tenaga. Kalau semuanya dirancang dan difikirkan dengan baik dari awal,
insyaAllah kesannya akan menjadi lebih baik lagi.

Kadang-kala ,
apabila berseorangan , kita lebih cenderung untuk berfikir dan bermuhasabah
diri.Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat , dan pertolongan itu
datang dari arah yang tidak di sangka-sangka. Ingin saja aku sujud syukur
kepadaMu tatkala Kau membantuku ketika tersekat di kalangan pemandu-pemandu kereta yang ingin
mengisi minyak sebelum naik harga , pada
jam 12 malam tadi.Ingin saja aku
jeritkan pada dunia betapa baiknya Engkau. Betapa memahaminya Engkau. Betapa
kasihnya Engkau. Betapa penyayangnya Engkau.Terima kasih Ya Allah. TIadalah
yang dapat ku balas selain mengharap redhaMu dan rahmatMu.Engkau tidak
memerlukanku, akulah yang lebih memerlukanMu.

Mudah-mudahan
segala tarbiyah yang ku dapat pada hari ni dapat ku manfaatkan untuk panduan
hidupku di masa-masa akan datang, InsyaAllah :>

Exam ?

    Assalamualaikum buat teman-teman sekuliahku…
Hehe, pada awalnya tak sangka akan dapat macam-macam jenis message 
Ada yang ucap  : takziah , chaiyuk ! chaiyuk ! dan bersemangatlah ! weee :>
Huhu, seolah-olah satu perkara yang "down" berlaku
Namun thanks jugak atas wish anda semua
Rasa terharu jugak … tersentuh hatiku atas keperhatinan anda semua :)

Usahlah di risaukan, saya masih berkeadaan baik dan tenang
Saya bersyukur dengan  apa yang ada
InsyaAllah saya akan menghargai peluang ini untuk mengrab sebarapa banyak lagi ilmu yang ada bagi memantapkan diri
Mudah-mudahan lebih matang dalam menjalani hidup sehari-hari …

Ya Allah ajarkanlah kami belajar ini bukan untuk sesiapa tetapi hanya keranaMu Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat RasulMu
Belajar ini bukan untuk saat ini , bahkan untuk sepanjang zamanMu
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmuMu
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentangMu
Redhailah setiap langkah kami kerana kepadaMulah kami akan kembali

94 : 5-8
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap :)

Doa Rabitah

    Hari ini cukup indah ku rasakan. Bukan kerana dapat banyak rehat, bukan kerana dapat makanan yang banyak.Bukan juga kerana sudah mula bercuti.Hari ku ini terasa begitu indah kerana aku di kelilingi hati- hati yang selalu basah , berzikir mengingat Allah. Aku terasa bahagia dan tenang walau fizikal ku sudah hampir tidak bermaya.Aku merasa bersemangat dan bertenaga walau mata ku sudah hampir terlena.
    Ya Allah , ku panjatkan kesyukuranku terhadapMu…
Kerana Kau masih memberiku peluang merasai nikmatnya ukhuwah keranaMu
Kerana Kau masih memberiku peluang mewarnai hariku dengan tarbiyah dariMu
Kerana Kau masih memberiku peluang meneruskan hidupku dengan cintaMu
    Alangkah indahnya perasaan ini, sukar untuk ku luahkan. Sukar untuk ku gambarkan. Kerana ia hanya dapat di rasa dan di nikmati oleh hati. Hati-hati yang telah mengikat janji untuk bertemu dan berpisah keranaNya.Mudah-mudahan hati-hati ini dapat kembali bertemu kelak di suatu negeri yang kekal abadi , insyaAllah.Moga Allah merahmati dan memberkati hati-hati ini :)

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan meyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat ( pengetahuan sebenar ) tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini "

TiP oF ThE iCe bErG

    Allah memang Maha Penyayang. Pada detik-detik waktu aku lebih rela untuk berdiam diri.Malah ia menjadi sesuatu yang sinonim denganku.Aku suka berbuat begitu. Bukan kerana sombong. Bukan kerana  ‘inferiority complex’. Tapi kerana aku tahu itulah yang terbaik untukku :)
     Namun ada sahaja bisikan-bisikan yang membuatkan hatiku diusik. Hatiku tersentuh. Aku cuma ingin melihatnya gembira. Aku cuma mahukan yang terbaik untuknya , kerana aku menyintainya. Dia adalah rakan seakidahku. Bagaimana mungkin aku cuma bisa melihatnya terperosok di balik kerusi termenung dan bersendiri , sedangkan aku bersuka ria lagi ceria. Mana mungkin aku bisa melihat titis demi titis air matanya mengalir tanpa berhenti. Mana mungkin aku senyap dan kaku melihatnya derita. Sedangkan setiap hari aku bersamanya, mana mungkin aku tidak ambil peduli akan dirinya.
    Aku ingin berlari menolongnya , tapi kakiku lumpuh. Aku ingin merangkak mengejarnya tapi tanganku patah. Aku buntu. Apa yang mampu ku lakukan untuk seorang sahabat? Seorang yang aku cintai, seperti mencintai diriku sendiri. Aku keliru. Ingin mencari jalan , namun cahaya malap menyusuri jalanku. Ku cuba untuk mencari cahaya dan harapan… lalu aku memilih jalan yang berliku.Kerana pada tanggapan ku,jalan berliku itu mungkin memberi sedikit harapan.Lalu aku telusuri. Aku tidak mahu, tapi aku perlu. Aku menempuhinya dengan tabah dan sabar. Meniti detik demi detik dengan penuh ketenangan. Kerana aku yakin Dia lebih mengetahui. Kerana aku tahu Dia sedang menyaksi. Kerana Aku tahu aku mampu, sebab itu Dia memilihku.
    Suatu ketika aku bersuara. Demi merungkai simpulan tali. Aku melangkah dengan harapan yang samar-samar. Namun ku tetap melangkah. Sampai pada satu ketika, aku terhantuk dan terngadah…bahawa aku telah silap dalam membuat keputusan. Mampukah aku meneruskan? Hatiku terasa berat , mataku terasa berdenyut , dadaku terasa sesak. Sesal sekali kerana aku telah membuatkan sekelompok awan yang dahulunya terang , kini diselaputi mendung. Dimanakah mentari? Masihkah aku berpeluang melihat barang seidkit cahaya mentari itu?
    Alhamdulillah. Aku yakin semua ini bermanfat untukku.Mendidikku dan mengasuhku.Cuma , aku berasa … alangkah baiknya andai aku …"tip of the iceberg"- you know it , but you don’t see the truth about it :>

PiLu

    Hati terasa kering.Kering kontang,hingga melumpuhkan aktiviti hidup sehari-hari.Semua kerja yang di buat semua tak kena.Mengapa? Kerana hatiku kering.Dan aku sendiri salah,tidak berusaha membasahkan hati.Malah membiarkan hati kering 48-72 jam ! owh !!! mampukah hatiku survive? atau telah lemas dgn zaman silamnya?
    Namun,walau di saat genting ini sekalipun, Allah masih menyayangiKu.Dia menganugerahkan ku seorg yg dtg dan memberi semangat. Mengingatkanku agar menjaga iman.Mengalir luluh air mataku.Menyesali detik2 waktu yg telah aku bazirkan tanpa memikirkan tentang tangunggjawabku.
    Di saat2 aku sedang mencari-cari dan tercari-cari, serta ujian dari pelbagai sudut; memang amat mudah aku jatuh tersungkur.Alhamdulillah , Dia masih  memberi sedikit rahmatnNya padaku, aku yang kerdil ini.Aku terasa ingin sekali pergi jauh agar dapat aku mulakan langkahku yang pertama .Titik tolak yang sahih dan mantap, menuju alam yg kekal abadi.  Hidup di bawah lembayung rahmatNya. Bermunajat dan bercinta dgnNya.
    Mmg benar iman hanya akan jelas dilihat dgn kehadiran ujian dan dugaan.Bukan aku seorg yg alami ujian dan dugaanNya.Malah ramai lg yg lebih teruk drku.Cuma kebelakangan ini aku lumpuh.Lumpuh kerana tersalah membuat keputusan. Membuat keputusan atas setiap satu benda yg ku lakukan setiap saat.Setiap keputusan itu  mempengaruhi perjalanan hidupku sehari2; samada di bawah lindungan Quran  atau bertemankan hawa nafsu.
    Tarbiyah zatiyah itu penting.Setiap detik waktu yg berlalu, setiap perkara yg  berlaku di sekelilingku ; mestilah dijadikan sbg satu tarbiyah utk santapan hati.Barulah hati tdk kering.Tdk kontang.Tdk lemas.Barulah terasa aman dan tenang.Barulah terasa ingin berlari sekuat2nya.
    Aku adalah aku.Dan aku tetap aku.Tapi aku bukan aku.Kalau aku sendiri yg nak,aku boleh.Boleh jadi bukan aku.Aku bukan Aku !